
Pengerusinya yang juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbincangan mengenai agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam.
Harussani berkata, ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi akan wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

Ia bertanggungjawab mengenal pasti masalah yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama, termasuk pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan isu tanah perkuburan.
Sebelum ini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata jawatankuasa itu berperanan untuk memberi ruang dalam usaha mewujudkan persefahaman dan perpaduan di antara kaum dan agama di negara ini.
Warna-warni Politik
Torashah
1 ulasan:
Inilah akibatnya bila melayu/Islam berpecah. Melayu/Islam tidak lagi boleh membuat sesuatu tanpa merujuk kepada kaum kafir.
Catat Ulasan