DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Khamis, 13 November 2008

Assalamualaikum


Assalamualaikum kepada semua ahli-ahli UMNO Kg. Serdang, Sitiawan. Perak yang saya hormati. Bersyukur kita kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya dapat disiapkan laman blog ini untuk tatapan semua ahli-ahli UMNO . Saya berpendapat dengan adanya laman blog ini, ahli-ahli semua dapat berkomunikasi sesama kita disamping mendapat info/artikel perkembangan politik semasa dengan cepat. Diharap ahli-ahli UMNO semua dapat meluangkan masa memberi cadangan, informasi terkini supaya dapat dimuatkan kedalam laman blog ini. Semua cadangan boleh dihantar terus kepada moderator : Anak Jati Kg.Serdang



Pentas UMNO Kg.Serdang. :-


Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Wassallam

Torashah

Anak Jati Kg.Serdang

Tiada ulasan: