Undang-undang dan peraturan adalah sendi masyarakat. Sejak zaman berzaman masyarakat Melayu bergerak dalam lingkungan undang-undang, mahupun secara adat atau bertulis.Hukuman adat yang dipakai Adat Perpateh dan Adat Temenggung. Selepas Islam berkembang di rantau ini, maka Hukum Syara’ menjadi sendi utama masyarakat Melayu.
Pada zaman itu ramai cendikiawan mahir dalam bahasa Arab dan kitab Burr Manzun telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Buku-buku figh, khususnya berkenaan mazhab Shafie, karya al-Ghazali 91059-1111, al-Syirazi (1233-1277), al-Asnawi (1305-1370) dan al-Subki (1326-1459) beredar di Mekah dan negeri-negari lain.
Dalam abad ke-15, hadis yang di kumpul dan disusun oleh ulamak-ulamak Islam terkenal seperti Bukhari (810-870) Muslim (817-865), Tirmizi (824-893) dan al-Nasa’I (915) juga mendapat sebaran yang luas di rantau ini.
Kitab Fikh pertama dalam bahasa Melayu telah ditulis oleh seorang ulamak Aceh, Nur al-Din Al-Ranriri pada tahun 1635 dan judulnya ialah kitab Sirat al-Mustaqim. Pada tahun 1661, Shekih abdul Rauf Pansuri atas kehendak Sultanah Safiah al-Din dari Aceh telah menulis sebuah lagi kitab figh berjudul Mir’al-Tullah. Kitab Sabilul Muhtadin pula ditulis oleh Sheikh Arshad al-Banjari pada tahun 1784.
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fattani menulis tiga buah buku iaitu Bughya al-Tullah, Nahju al-Raghibin dan al-Saidu Wa Zabaih. Kesemua buku-buku fiqh ini tidak menyentuh kitab Matla’u al-Hadrain yang ditulis pada 1892 oleh ulamak Sheikh Muhammad Islam dari Pattani.Dua buku undang-undang Melayu yang terkenal pada zaman kegemilangan Melaka adalah Hukuman Melayu Melaka dan Undang-undang Laut.Semasa penjajahan British, undang-undang bertulis diperkenalkan dalam bentuk Enakmen dan Ordinan.
Dalam usaha menuntut kemerdekaan, UMNO menentukan supaya diadakan Perlembagaan bertulis dan apabila negara merdeka pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi undang-undang utama dan dijelaskan juga bahawa apa undang-undang yang diluluskan selepas kemerdekaan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal.
Kuasa membuat undang-undang adalah di tangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Persekutuan dan di tangan Dewan Undangan Negeri bagi negeri-negeri.Pentadbiran keadilan pula dikelolai oleh Mahkamah yang mempunyai beberapa peringkat. Umumnya, pentadbiran keadilan adalah bebas dari gangguan eksekutif dan kebebasan hakim juga dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan