DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Isnin, 17 November 2008

Perjuangan Ekonomi

Salah satu agenda tuntutan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 ialah penguasaan orang-orang Melayu ke atas ekonomi negara sendiri yang ketika itu berada di tangan penjajah dan kaum Cina.Tanah Melayu ketika itu (termasuk Singapura) yang mempunyai penduduk 4.91 juta merupakan bumi yang dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan alam seperti bumi yang subur dan hasil bumi yang berharga.

Ekonomi Tanah Melayu pada 1947 bersandarkan kepada getah dan bijih timah di mana 89 peratus daripada pendapatan negara bergantung kepada kedua-dua komoditi ini. Keluaran Negara Kasar Sebenar (RGDP) adalah RM2,982 juta dan dua tahun kemudian meningkat kepada RM3,027 juta, bertambah sebanyak 1.5 peratus.

Bagaimanapun Perang Korea yang meletus pada 1950 telah membawa nikmat kepada penanam getah dan pelombong timah serta ekonomi Tanah Melayu. Purata pertubuhan ekonomi negara dari 1947 hingga 1960 adalah pada kadar 4.5 peratus.Apabila Tanah Melayu merdeka pada 1957, kepimpinan UMNO dan kerajaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra selaku Perdana Menteri pertama memilih dasar ekonomi pasaran bebas tetapi terpimpin dan memperkenalkan berbagai program pembangunan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.

Ia bermula dengan rancangan pembangunan lima tahun yang dimulakan dengan Rancangan Tanah Melayu Pertama (1956-60) dan Rancangan Tanah Melayu Kedua (1961-65) dan kemudiannya diteruskan oleh Rancangan Malaysia Pertama (RMK 1-1966-70) RMK 2 (1971-75) dan seterusnya RMK7 yang dilancarkan pada Mei 1996.Bagi membangunkan penduduk luar Bandar, kerajaan melaksanakan Rancangan Pembangunan Luar Bandar dengan membina jalan-jalan raya, bekalan api dan air, sekolah-sekolah, klinik, masjid dan berbagai kemudahan lagi.

Namun satu masalah sosio-ekinomi yang diwarisi sejak zaman penjajah ialah di tahun-tahun awal kemerdekaan, kedudukan ekonomi yang dicerminkan mengikut kaum iaitu orang-orang Melayu menjadi petani, orang-orang Cina menguasai perdagangan dan perindustrian serta perlombongan manakala orang-orang India menjadi buruh di lading-ladang getah.Terpinggirnya orang-orang Melayu daripada penguasaan ekonomi Negara menimbulkan kebimbangan di kalangan orang-orang Melayu, khasnya ahli-ahli UMNO.

Oleh itu mereka menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputra yang pertama pada 1965 dan Kongres Ekonomi Bumiputra kedua tiga tahun kemudian. Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap masa depan mereka mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah itu telah melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DBE) yang dianggap satu dasar kontroversi tetapi penting. Di bawah DEB, masyarakat Malaysia disusunsemula supaya 30 peratus kekayaan Negara berada di tangan orang-orang Melayu, 30 peratus di tangan orang asing dan 40 peratus di tangan kaum Cina.

Apabila kepimpinan Negara diterajui oleh Datuk Seri Dr Mahathir, Malaysia mula memberi perhatian khusus kepada proses mengubah struktur ekonomi dengan memberi penekanan kepada sector perindustrian dan perdagangan .Dengan itu kerajaan memperkenalkan dasar PersyarikatMalaysia bagi mengatasi masalah birokrasi yang tidak sensitif terhadap dunia perniagaan dan program pembangunan. Di bawah dasar ini sector awam dan swasta menjadi rakan kongsi untuk membangunkan ekonomi Malaysia.

Di awal kepimpinannya Dr Mahathir berusaha memecah tembok psaikologi rakyat Malaysia, khasnya orang-orang Melayu yang terbelenggu dengan kepercayaan ‘kita tidak boleh membuat walaupun jarum’, dengan melancarkan projek perindustrian berat Negara yang dimulakan dengan projek kereta nasional, Proton.

Sehingga Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi bermula 1083, ekonomi Malaysia masih bergantung kepada sector pertanian dengan getah, kelapa sawit, balak, selain timah menjadi bahan eksport utama. Di waktu inilah kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan bagi meningkatkan kecekapan syarikat-syarikat milik kerajaan di samping mengurangkan beban kerajaan yang menanggung syarikat tidak menguntungkan dengan gaji kakitangan yang basar.

Sejak itu sehingga 1995, pertubuhan ekonomi Malaysia terus kukuh pada kadar purata 8 peratus setahun.Pentadbiran Dr Mahathir telah menganjurkan Wawasan 2020 yang akan membawa Malaysia menjadi Negara maju pada tahun 2020. Menjelang usia UMNO 50 tahun, dunia menyaksikan bagaimana Malaysia bertukar menjadi salah satu naga Asia Timur.

Saranan Datuk Seri Dr Mahathir untuk mewujudkan Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) adalah untuk menjamin kurun ke-21 merupakan abad rantau ini. Tidak syak lagi, Malaysia akan terus menjadi sebuah Negara yang berpengaruh di dunia dengan kedudukan ekonomi yang kukuh.

Tiada ulasan: