DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


Isnin, 17 November 2008

Perjuangan Agama

UMNO berjuang, semenjak penubuhannya, untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, serta menghormati prinsip kebebasan beragama. Tujuan ini termaktub bukan sahaja dalam Perlembagaan UMNO tapi juga dimuatkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudannya Perlembagaan Malaysia.

Malaysia adalah satu-satunya Negara berdaulat yang berani dan bersedia menyatakan dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasminya. Berbagai-bagai langkah dan tindakan telah dilakukan bagi meninggikan syiar Islam, dan ini terbukti dari kejayaan yang tercapai dalam bidang pendidikan, ekonomi, social dan membina masjid-masjid. Bagi kemudahan beribadah, masjid-masjid dan surau-surau dibina di setiap pelusuk Negara.

Bidang Pendidikan

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dipelopori oleh UMNO membolehkan murid-murid yang beragama Islam mempelajari matapelajaran agama Islam di sekolah-sekolah biasa berbanding dengan kedudukan sebelumnya yang mana pendidikan agama hanya diperolehi secara sambilan dan sendirian atau di sekolah-sekolah pondok dan Arab yang umumnya tidak begitu teratur.

Selain dari sekolah biasa, beberapa institusi pendidikan Islam telah diwujudkan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Perguruan Islam, Pusat Pengajian Tinggi Islam, Akademi Islam Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa.

Pembelajaran agama Islam tidak terbatas kepada pendidikan yang ada dalam negeri sahaja. Tiap-tiap tahun Malaysia menghantar ramai pelajar ke institusi pelajaran tinggi di seluruh dunia untuk mengikuti kuliah dalam bidang agama Islam. Usaha memperkenal dan mengembangkan syiar Islam juga dilakukan oleh badan-badan seperti berikut:

-Lembaga Urusan Tabung Haji-Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
-Persatuan Kebajikan Islam (PERKIM)
-Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
-Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC)
-Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
-Pusat Islam Malaysia
-Persatuan Ulama Malaysia

Bidang Ekonomi

Usaha menerapkan unsur-unsur Islam dengan baik walaupun perlahan-lahan. Penduduk Malaysia, khususnya yang beragama Islam, kini mempunyai pilihan untuk menjalankan aktiviti ekonomi melalui system dan cara Islam.Dalam bidang kewangan, Bank Islam Malaysia Berhad telah ditubuhkan bagi membolehkan umat Islam memilih sistem perbankan yang mereka senangi. Begitu juga dalam bidang insurans yang sekarang ini boleh diperolehi melalui Syarikat Takaful.

Bidang Antarabangsa

Semenjak negara merdeka, umat Islam serata dunia mengenal Persekutuan Tanah Melayu dan kemudianya Malaysia kerana usahanya menanjur musabaqah al-Quran antarabangsa setiap tahun. Ramai qari dan qariah dari negara-negara Islam menyertai musabaqah dan kemudiannya tilawah al-Quran. Acara ini disiarkan secara langsung melalui televisyen ke seluruh Negara Islam.

Bila Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) diwujudkan, Presiden UMNO yang kedua dan bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj telah dilantik menjadi Setiausaha Agung pertamanya, satu penghormatan untuk UMNO dan Negara. Malaysia juga memainkan peranan yang penting dan berkesan dalam siding-sidang antarabangsa dalam hal-hal bersangkut dengan Islam.

Tiada ulasan: